KFC Chizza kombinasi sempurna ayam goreng, piza

in Bisnes by


KFC Malaysia sekali lagi mencetus fenomena menerusi menu inovasi yang unik, KFC Chizza.


KFC Chizza memberi peluang kepada penggemar ayam goreng menikmati ayam goreng KFC bersama piza.


Digelar sebagai ‘Piza sedap hingga menjilat jari’, KFC Chizza adalah kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza.


Ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy.


KFC Chizza adalah sebuah ciptaan ‘piza’ unik yang menjanjikan tiada lagi sisa kerak piza diabaikan.


“Kami sentiasa berusaha untuk membawakan sesuatu yang menarik dan menjadi kegilaan para pelanggan. KFC Chizza masih mengekalkan ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ianya suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza diluar sana,” kata Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.


“Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan citarasa. Ianya merupakan gabungan apa yang terbaik dari dua hidangan popular. Jika menyebut tentang piza, kita semua gemarkan isinya. Sebagai pelengkap, kami tampilkan filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai sebagai kerak piza istimewa dan anda semua harus mencubanya!” tambah beliau.


KFC Chizza boleh didapati secara ala carte bermula hanya dari RM7.90.


Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat.


Pelanggan juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat.


KFC Chizza boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula dari 21 November 2017, sementara stok masih ada!


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]