Amanah Baling bergolak, krisis berebut jawatan

in Politik by


BALING – Amanah Baling bergolak apabila separuh ahli dan kepimpinan utama termasuk ketuanya keluar parti selepas berlaku krisis perebutan jawatan.


Difahamkan, antara jawatan dikosongkan pimpinan sebelum ini ialah ketua, ketua wanita dan setiausaha.


Salah seorang bekas pimpinan Amanah, Rosli Hassan berkata, keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai itu bagi menyedarkan sebahagian pimpinan lain yang disifatkan ‘tidak telus’.


“Sejak Amanah Baling ditubuhkan pada 2016, pengurusan berjalan lancar. Ramai daripada ahli Pas ketika itu keluar menyertai Amanah.


“Tetapi apabila berlaku perebutan bagi tiga jawatan tertinggi, ia menyebabkan berlaku perpecahan menjadi dua kumpulan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Menurutnya,  krisis bermula apabila bekas ahli Umno diterima masuk ke dalam parti biarpun individu berkenaan dipercayai menyebabkan perpecahan dalam Bersatu Baling.


“Daripada Umno individu itu masuk ke dalam Bersatu, selepas berjaya meretakkan pimpinan Bersatu Baling beliau beralih menyertai Amanah.


“Keputusan itu diterima sebahagian lain dan sebahagian lagi menentang,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]