Bas sekolah nikmati subsidi diesel

in Nasional by


KENAIKAN harga diesel tidak menjejaskan perkhidmatan bas sekolah kerana pengusahanya menikmati subsidi yang disediakan oleh kerajaan.


Menurut Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat, kerajaan menyediakan subsidi diesel kepada pengusaha bas sekolah yang berdaftar.


“Hampir 90 peratus pengusaha bas sekolah di negara kita tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel ini. Oleh itu, soal kenaikan tambang tidak timbul sama sekali,” katanya kepada China Press.


Menurut beliau, subsidi bagi harga seliter diesel untuk pengusaha bas sekolah ialah RM1.88, oleh itu, biarpun harga telah dinaikkan sehingga RM2,25 seliter, ia tetap tidak memberikan sebarang kesan kepada pengusaha bas sekolah.


Bagaimana pun, katanya, pihak persatuannya tidak dapat menghalang kenaikan tambang yang dikenakan oleh individu tertentu yang menggunakan kereta persendirian untuk penghantaran murid-murid sekolah.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]