Bukan kes culik yang menjadi tular

in Nasional by


PORT DICKSON – Polis menafikan gambar anggota tentera dan polis bersama seorang lelaki di sebuah kuaters tentera di Batu 5 Port Dickson yang tukar di laman sosial adalah berkaitan kes culik.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, tiada kes culik pelajar saperti ditularkan.


“Hanya kes orang kurang siuman cuba naik feri sekolah (kenderaan dinaiki pelajar yang disediakan kepada anak-anak tentera) yang membawa pelajar sekolah.


“Perbuatan lelaki itu berjaya dicegah nggota tentera dan lelaki itu bawa ke balai polis.


“Kemudian keluarganya datang dan mengambil lelaki berkenaan yang kurang siuman,” katanya.


Zainudin turut menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum sahih.


“Penyebaran maklumat salah bukan sahaja boleh  menimbulkan suasana panik dikalangan orang ramai sekaligus boleh menjejaskan keamanan malah mereka (penyebar maklumat palsu) sebenarnya mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang disebabkan menyebarkan sesuatu maklumat tanpa pengesahan kebenaran dan kesahihannya,” katanya.


Kejadian lelaki kurang siuman yang cuba memanjat tangga feri sekolah berlaku sekitar jam 12.20tengahari tadi dan telah tukar di laman sosial.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]