Cukuplah orang tua kita bergaduh: Alwi

in Politik by


KOTA BHARU – Umno menyarankan agar kepimpinan Pas membuang sikap lama sebaliknya bersama dalam satu persefahaman dalam memajukan Kelantan.


Saranan itu dibuat oleh Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang menyeru agar Pas dan Umno dapat bersama  menjaga negeri dan survival Islam.


Dalam nada sebak beliau berkata, sudah tiba masanya kedua-dua parti Islam ini  bersama membuang perkara yang buruk bagi membentuk jalinan untuk membangunkan Kelantan.


“Kenapa kita nak bergaduh dan sentiasa mewujudkan konflik besar, seolah-olah tidak boleh bertemu, kita ada Dewan untuk tegur menegur, tidak salah, yang baik tidak kira Pas dan Umno, yang salah tetap salah, yang baik tetap baik,” katanya ketika membahaskan Sidang Belajawan 2018 hari ini.


Alwi berkata, pimpinan Pas dan Umno perlu melihat dari kaca mata yang lebih luas  seperti mana keadaan politik tanah air yang menyaksikan orang Islam kini dihimpit dengan pelbagai isu.


“Kita dibebani dengan pelbagai isu, masalah sosial, kemiskinan dan agenda menjatuhkan agama Islam, Pas dan Umno sebagai parti yang teras kepada Islam perlu melihat pekara ini.


“Kita letakkan perbezaan kita  belakang, cukup lah hanya ‘tok’ kita sahaja yang bergaduh, kita berubah, kita buat kerjasama, negeri kerja negeri dan pusat buat agenda pusat,” katanya.


Beliau dalam masa yang sama memuji langkah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang menjalinkan hubungan dengan pusat termasuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan negeri.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]