Merkel kecewa rundingan gagal

in Global by


BERLIN – JERMAN . Canselor Jerman, Angela Merkel semalam menyatakan kekecewaannya selepas rundingan untuk membentuk gabungan kerajaan Jamaica gagal dan mencetuskan prospek pemilihan baharu.


“Kami percaya kami berada di laluan yang betul di mana perjanjian boleh dicapai. Saya kecewa kerana tidak dapat mencapai persefahaman bersama,” katanya.


Merkel berkata, beliau merancang bertemu dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier untuk mengemas kini keadaan dan ketua Parti Demokrat Kristian (CDU) bagi membincangkan langkah seterusnya.


Kelmarin, Demokratik Bebas (FDP) mengumumkan bahawa perbincangan tidak dapat diteruskan dengan pemimpin parti itu, Christian Lindner berkata, kegagalan untuk menaruh kepercayaan antara parti perunding sebagai salah satu punca.


“Parti terlibat juga gagal bersetuju dengan visi untuk pemodenan Jerman. Lebih baik tidak mentadbir daripada memerintah dengan tidak betul,” katanya. – dpa


Source: SH Global

[featured-video-plus]