Padah menyamar sebagai anggota polis

in Semasa by


KANGAR – Mahkamah Majistret Kangar hari ini menjatuhkan hukuman  denda  RM2,000 atau penjara enam bulan ke atas seorang penganggur yang mengaku bersalah menyamar sebagai anggota polis awal bulan ini.


Majistret, Shamshul Azwa Martadza menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Shahiri Sallahudin, 23,  selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 170  Kanun Kesiksaan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Tertuduh didakwa memperkenalkan dirinya sebagai seorang anggota polis kepada seorang  pegawai  kastam di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar kira-kira pukul 3.20 petang, 2 November lepas.


Muhamad Shahiri ditangkap oleh polis semasa berada di kawasan sama pada 15 November lepas.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh  diwakili peguam Siti Hajar Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.


Tertuduh membayar denda yang dikenakan.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]