Sasar NRW bawah paras 30 peratus

in Edisi by


SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd(Sains) menyasarkan peratusan air tidak terhasil (NRW) akan berada di paras bawah 30 peratus menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya Februari tahun depan.


Pengarahnya, Wan Rasdi Wan Ismail berkata, ini sejajar dengan usaha pihaknya bagi mengekalkan tahap operasi syarikat.


“Fokus utama ketika ini dicadangkan beralih pula kepada penurunan NRW bagi tiga tahun akan datang sehingga ke tahap 25 peratus menjelang tahun 2020,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Cemerlang anjuran Sains Tahun 2017 di Klana Resort di sini, malam kelmarin.


Hadir sama merasmikan majlis berkenaan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Menurut Wan Rasdi, mengenang kembali bermulanya operasi syarikat dari tahun 2015 sehingga 2017, pihaknya memberi fokus kepada agenda memperkasakan operasi dan menurunkan peratusan NRW.


“Alhamdulillah dengan kerjasama komitmen dan semangat kerja keras semua warga kerja Sains, kita telah mencapai tahap operasi yang membanggakan. Ini terbukti apabila gangguan bekalan air pada musim-musim perayaan utama dapat diminimumkan,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]