Sembilan negara belum beri keputusan

in Nasional by


WALAUPUN kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen, tetapi sehingga hari ini, sembilan negara berkenaan masih belum memberi sebarang reaksi mengenainya.


Ketika membentangkan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu dengan membenarkan rakyat di negara kita terus mengambil pembantu rumah asing daripada sembilan negara ini, iaitu Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Langka, Nepal, India, Vietnam dan Laos.


Selain itu, kata Najib, majikan juga boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian.


Menurut Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, peraturan terbaharu yang dikuatkuasakan kerajaan adalah berita baik untuk majikan kerana mereka tidak perlu lagi melalui khidmat ejen malahan dapat menjimatkan wang yang banyak.


“Bagaimana pun, makluman mengenai peraturan baharu ini belum begitu jelas. Oleh itu, saya harap pihak kerajaan dapat mencapai kata sepakat dengan sembilan negara berkenaan agar ia dapat dikuatkuasakan dengan lebih tersusun,” katanya ketika memberitahu Oriental Daily.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]