Serahkan kepada polis untuk siasat

in Uncategorized by


IPOH – “Kita serahkan kepada polis untuk siasat,” itu reaksi Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming Pakatan Harapan, menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat mengenai penularan video yang menggambarkan dirinya mengeluarkan kata-kata kesat ketika berucap dalam satu majlis di Ipoh, baru-baru ini.


Menurut Kor Ming, video berkenaan ternyata palsu kerana dirinya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat berkenaan ketika berucap.


Malah katanya, video berkenaan juga jelasdiambil daripada dua situasi yang berbeza pada waktu yang berbeza.


“Saya tidak ada keluarkan perkataan itu. Lagipun video¬† itu adalah gambaran dua bulan lalu. Maka ini palsu.


“Perkataan yang dituduh juga tak pernah dikatakan atau dikeluarkan. Yang saya tegaskan adalah isu Brandlaureate yang dibayar, ini satu perkara yang tidak baik,” katanya.


Kor Ming berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh pagi tadi berhubung kempen fitnah video palsu ” yang kini tular di media-media sosial.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri,  Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata, penyebaran video berkenaan hanyalah bertujuan untuk menutup segala kelemahan Umno/BN selama lima hari Sidang Bajet Perak berlangsung.


Katanya, Kor Ming juga tidak ada mengeluarkan ‘perkataan’ berkenaan.


“Video ini bertujuan untuk tutup kelemahan mereka. Saya menafikan sekeras-kerasnya, Kepayang (Kor Ming), kata demikian,” katanya lagi.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]