Tapir paling banyak terbunuh di jalan raya

in Nasional by


SEREMBAN – Tapir antara haiwan yang paling tinggi direkodkan mati dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh lima tahun lalu ( 2012 hingga 2016).


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, daripada 2,130 ekor spesies hidupan liar yang terbunuh dalam tempoh berkenaan,  43 daripadanya adalah tapir.


“Kes ini berlaku apabila haiwan terbabit cuba melintas jalan raya atau lebuh raya untuk bergerak ke kawasan hutan bertentangan untuk mencari perlindungan, makanan, pasangan atau habitat yang lebih sesuai.


“Malah kebanyakan hidupan liar yang terbunuh adalah daripada spesies terancam seperti beruang matahari, gajah, kambing gurun dan harimau,” katanya ketika berucap pada perasmian  Seminar Biodiversiti 2017 di Hotel Royale Chulan di sini.


Selain itu katanya, mengikut rekod terkini hidupan liar di negara ini, badak jawa didapati sudah pupus sementara empat spesies lain iaitu badak Sumatera, harimau Malaya, tenggiling dan seladang dinilai sebagai spesies terancam kritikal.


Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 12 spesies dinilai sebagai terancam, 14 (rentan), 33 (hampir terancam).


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]