Tim hospital Medan Malaysia tiba di Cox's Bazar

in Nasional by


BANGLADESH – Seramai 28 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat di dalam pemasangan hospital medan Malaysia selamat tiba di Ukhia, Cox’s Bazaar, di sini hari ini.


Menurut Ketua Pasukan  pemasangan hospital medan ATM, Mejar Kol (Dr) Mohd Arshil Moideen berkata, beliau bersyukur kerana semua gerak kerja untk tujuan pemasangan hospital itu berjalan lancar.


“Selepas dua bulan persiapan dan latihan rapi, Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar.


“Terima kasih kepada semua pihak yang telah merealisasikan hasrat untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada para pelarian Rohingya di bumi Bangladesh menjadi kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Segala kelengkapan perubatan diterbangkan ke Chittagong menggunakan pesawat yang dibiayai sepenuhnya oleh MAS CARGO.


Pemasangan dijangka mengambil masa sekitar lima ke enam hari.


Pasukan pemasangan dari ATM ini akan pulang ke tanah air pada 27 November 2017 selepas menyerahkan aset hospital medan ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Paling risau sekarang bila kargo sampai sana, harapnya tidak ada masalah besar. Mohon seluruh rakyat Malaysia doakan agar semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]