Jurulatih kata hidap kanser, Sevilla sumbat 3 gol

in Sukan by


TINDAKAN jurulatih pasukan Sevilla mengumumkan beliau menghidap kanser pada penamat separuh masa pertama menyebabkan pasukannya bangkit menyumbat tiga gol semasa menentang Liverpool pada separuh masa kedua


Menurut laporan Telegraph, Eduardo Berizzo memberitahu diagnosisnya kepada pasukannya yang ketika itu ketinggalan 3-0 dengan Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-juara di stadium Ramón Sánchez Pizjuán.


Sevilla mengesahkan Eduardo menghidap kanser dalam satu kenyataan pagi tadi dan mendoakan supaya Eduardo cepat sembuh.


“Perkhidmatan perubatan di Sevilla FC melaporkan jurulatih pastukan pertama, Eduardo telah didiagnosis dengan kanser prostat,” kata kenyataan tersebut.


Sevilla berkata, kelab berkenaan memberi sokongan penuh kepada Eduardo.


Pemain tengah Sevilla, Ever Banega mengatakan Eduardo memberi insipirasi untuk ‘comeback’.


“Dia adalah paling penting untuk kami semua, dia di landasan yang betul dan kami akan sokong dia sampai penghujung,” kata Ever pada akhir perlawanan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]