Lagenda takraw Pulau Pinang masih hebat

in Sukan by


PULAU Pinang membuktikan sentuhan mereka pada Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Lagenda Malaysia 2017 – Edisi Kedua masih hebat apabila menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan akhir di Star Prade baru-baru ini.


Malah pasukan itu juga berjaya mengondol anugerah tekong terbaik menerusi Hamid Khan Abdullah dan apit kanan terbaik, Saladin Abd Rahim.


Selangor pula biarpun tewas masih boleh berbangga apabila pemainnya, Dian Zulkarnain Amin diumumkan sebagai apit kiri terbaik.


Setiausaha Kelab Sepaktakraw Lagenda Darulaman, S Manimaran  berkata, kehadiran 105 bekas pemain sepak takraw negara dan negeri nyata menjadi antara daya tarikan utama untuk penonton hadir ke kompleks membeli belah itu.


Menurutnya, penambahan jumlah pasukan dari empat kepada enam membabitkan pasukan Kedah, Selangor, Perak, Terengganu, Johor dan Perak juga berjaya memberikan cabaran sengit malah menyediakan lebih perlawanan untuk ditonton oleh penonton terutamanya generasi baharu.


“Kami akan cuba menarik penyertaan lebih banyak lagi legenda sepak takraw negara dari pasukan negeri-negeri pada tahun 2018 dan mungkin juga akan ada penambahan pasukan pada edisi ketiga.


Kejohanan ini mengembalikan semula kerancakan sukan sepak takraw di negeri Kedah dengan peratus kehadiran penonton dan peminat sukan sepak takraw yang bertambah berbanding tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]