Pelajar UiTM Jasin maut motosikal terbabas

in Semasa by


JASIN – Seorang pelajar UiTM Jasin maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas di kilometer 22 Jalan Jasin – Merlimau berhampiran kubur India malam tadi.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenda Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku jam 10.45 malam itu menyebabkan mangsa Mior Ahmad Izzuddin Mior Ahmad Faizal,20, cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.


Menurutnya, hasil Siasatan awal didapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran VAN 2955 yang di tunggang mangsa dari arah UiTM Jasin menghala ke Merlimau.


“Setibanya di Km 22 Jalan Jasin-Merlimau mangsa¬† dipercayai telah terbabas ke kiri bahu jalan¬† bertanah arah ke Merlimau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.


Tambah Arshad, ketika kejadian, pelajar berasal dari Selangor itu dipercayai bersama beberapa rakannya menaiki menaiki motorsikal ke pekan Merlimau.


“Sistem jalan di tempat kejadian adalah (2) lorong satu hala dan gelap tanpa lampu manakala bentuk jalan adalah lurus.


“Kita minta saksi awam yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) 1987.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]