Pesawah juga subahat seleweng baja kerajaan

in Semasa by


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah menangkap seorang pesawah kerana dipercayai bersubahat bersama seorang Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka.


Mereka dipercayai menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berjumlah kira-kira RM2.54 juta sejak awal tahun lalu.


Menurut sumber, suspek bersama pengurus projek terbabit telah membuat usahasama mengusahakan projek penanaman padi seluas 55 ekar (22.2 hektar) yang dipajak di Merlimau.


Difahamkan pesawah lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam di Pejabat SPRM Negeri Melaka selepas hadir untuk memberi keterangan, semalam.


Tambah sumber, SPRM turut menyita sebuah kereta mewah jenis Audi A4 disita yang dipercayai dibeli dengan menggunakan wang hasil jualan baja.


Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.


Terdahulu Sinar Harian melaporkan, SPRM telah menangkap seorang Pengurus Projek PPK di Melaka kerana dipercayai menyeleweng SBPKP berjumlah kira-kira RM2.54 juta sejak awal tahun lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM: Baja diseleweng dijual semurah RM10]


Rentetan kes ini, didapati baja-baja yang diseleweng daripada SBPKP didapati dijual jauh lebih murah oleh suspek berbanding dengan harga pasaran biasa.


Menurut sumber, baja-baja yang diseleweng tersebut digunakan suspek bagi membaja sawah padi yang diusahakannya secara pajak seluas 55 ekar. 


Selain itu suspek juga menjual baja berkenaan dengan harga semurah RM10 kepada orang tengah sebelum dijual kepada petani dengan harga lebih tinggi.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]