RM2.9 bilion untuk bajet DBKL 2018

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2.906 bilion diperuntukkan dalam Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2018 bagi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus demi kesejahteraan kira-kira 1.86 juta warga kota.


Daripada peruntukan itu, 60 peratus iaitu RM1.76 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan 40 peratus lagi iaitu RM1.146 bilion bagi pembangunan.


Bajet bertemakan ‘Kemajuan dan Kesejahteraan Untuk Warga Kota’ itu dibentangkan Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz hari ini.


Mhd Amin berkata Bajet DBKL 2018 memperlihatkan peruntukan pembangunan meningkat sebanyak 0.26 peratus ataupun RM3.02 juta berbanding RM1.143 bilion pada 2017.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]