Tunafoto ganti photobomb, watermark pula guna tera air

in Nasional by


KALAU nak tunafoto tu, jangan sampai bahayakan diri hingga jadi swafoto maut pula! Selanjutnya, bolehlah letak tera air pada foto dan gunakan kawasan khas untuk muat naik ke pengkomputeran awan.


Begitulah contoh penggunaan perkataan-perkataan yang baharu diperkenalkan Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu.


Menurut laporan Astro Awani, pengenalan tersebut sejajar dengan kemajuan dunia digital yang sering memperkenalkan istilah baharu menggunakan Bahasa Inggeris.


Berikut adalah senarai penuh istilah yang diperkenalkan untuk maklumat awam:


1. Tunafoto (photobomb)


2. Swafoto maut (killfie)


3. Pengkomputeran awan (cloud computing)


4. Tera air (watermark)


5. Butang tekan (push button)


6. Emotikon (emoticon)


7. Kawasan Khas (hotspot)


8. Tapak panas (hot site)


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]