Adam Nor Azlin tidak kecil hati

in Sukan by


“Saya tak kecil hati”. Itu reaksi ringkas pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) Adam Norazlin apabila diminta mengulas mengenai peranannya yang diletakkan sebagai pemain simpanan dalam pasukan Harimau Selatan musim depan.


Semalam, laman Facebook Johor Souther Tigers memuat naik gambaran ilustrasi skuad JDT untuk musim 2018 yang mana menunjukkan Adam diletakkan sebagai pemain simpanan dan perlu bersaing dengan Mohd Fadhli Shas dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di posisi pertahanan.


Menurut Adam, apa yang ditunjukkan itu tidak semestinya menggambarkan apa yang berlaku dan enggan terus membuat sebarang andaian.


“Itu hanya apa yang diletakkan sahaja. Kita tak boleh buat andaian terus. Lagi pun liga belum lagi bermula.


“Saya yakin peluang itu sama rata dan saya akan fight untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.


Adam yang merupakan antara tonggak utama skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara menjadi antara pemain muda yang berjaya dipancing juara Liga Super empat kali, JDT.


Pengarah Sukan JDT, Martin Prest sebelum ini pernah menyatakan kemasukan Adam ke dalam skuad JDT sebagai sebahagian daripada pelan jangka masa panjang kelab itu.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]