Balik umrah Fazura kekal berhijab?

in Hiburan by
Fazura dan Fattah menjawab spekulasi pernikahan mereka pada sidang media khas hari ini. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Balik umrah Fazura kekal berhijab?


AKTRESS Nur Fazura mahu peminat mendoakannya kekal istiqamah untuk tampil dengan imej berhijab selepas ini.


Manis bertudung putih dengan sepersalinan baju kurung moden pada sidang media khasnya hari ini, Fazura berkata, beliau sememangnya berniat ke arah itu.


“Doa yang baik-baik, Insya-ALLAH satu hari nanti, namun pada masa ini, saya masih terikat dengan komitmen kerja yang telah ditandatangani sebelum ini,” .


Sidang media khas itu diadakan sejurus pasangan ini tiba dari Tanah Suci setelah selamat menunaikan ibadah umrah bersama keluaraga masing-masing.


Pelbagai spekulasi timbul sejak minggu lalu apabila pasangan kekasih itu dikatakan sudah bernikah sebelum menunaikan umrah.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]