Hasil tangkapan makin merosot

in Edisi Utara by


BUTTERWORTH – Beberapa nelayan di sekitar Seberang Perai Utara menagkui hasil tangkapan semakin kurang sejak kebelakangan ini yang mengakibatkan harga ikan terutama ikan kembung melambung tinggi.


Nelayan, Mohd Lutfi Abdullah, 35, berkata, ketika ini hasil tangkapan tidak menentu terutama ikan kembung.


“Kalau dulu tangkapan ikan banyak sampai boleh cecah beratus kilogram sehari, tapi sekarang 20 hingga 50 kilogram saja.


“Kami tangkap pun bukan dekat sini, kadang tu kena pi jauh belah Yan, tu semua modal besar nak kena ada,” katanya.


Menurutnya, ikan ditangkap nelayan kemudian akan dibeli peraih untuk dijual di pasar.


“Kadang tu tak boleh nak buat apa sebab tangkapan memang kurang. Kadang tu tak tentu, bukan setiap kali keluar boleh dapat hasil. Adakala keluar tu memang tak dapat apa-apa hasil,” katanya.


Bagi Ishak Ismail, 50, keadaan semakin buruk berikutan tangkapan kurang.


“Kadang tu minyak hampir ratusan ringgit, tapi bukan tentu dapat hasil lagi. Memang keadaan sekarang agak teruk, boleh kata hanya cukup-cukup makan saja,” katanya.


Mazlan Othman, 45, berkata, dia yang menangkap udang antara terkesan ketika ini.


“Hari ini saja dekat lima enam kali labuh pukat, tapi tak berapa nak ada hasil. Macam saya, tolak dekat peraih dalam RM42, peraih akan jual lebih sikit daripada tu.


“Kadang tak boleh nak kata juga sebab tangkapan kurang tapi permintaan tinggi. Tak akan depa nak jual murah, terpaksa naikkan sikit,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]