
TAWAU – Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) Tawau hari ini mengusir 302 warga Indonesia kembali ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau di sini.
Ketua Pejabat JIM Tawau, Noraini Rasi berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia lingkungan tiga bulan hingga 75 tahun itu dihantar ke Nunukan, Indonesia menggunakan dua kapal pada 2 petang ini.
“Pengusiran melibatkan PATI di Pusat Tahanan Sementara di Tawau (35), Kota Kinabalu (197) serta Sandakan (70),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mereka diusir mengikut Seksyen 34 Akta Imigresen 1959/1963 dan pengusiran ini adalah kali ketiga dijalankan bagi bulan ini selepas 9 dan 16 November masing-masing melibatkan 143 dan 56 PATI, yang kesemuanya warga Indonesia.
Katanya, JIM akan melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi menangani kehadiran Pati di negeri ini.
Noraini juga meminta masyarakat menyalurkan maklumat kepada JIM sekiranya mengetahui lokasi persembunyian Pati khususnya di Tawau. – Bernama
Source: SH Edisi Sabah Sarawak
[featured-video-plus]