Jadikan Johor negeri paling maju

in Edisi by


ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengutarakan misi baharu Johor unuk membangunkannya menjadi negeri paling membangun dan sejahtera dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Menurutnya, misi itu dipanggil ‘Membangun Dekad Baharu Untuk Johor’.


“Johor memerlukan dorongan baharu yang berupaya menterjemahkan falsafah pembangunannya iaitu Johor Yang Berkemajuan dengan lebih berkesan dan berjaya.


“Johor memerlukan lonjakan yang radikal dan transformatif yang akan memberikan wajah baharu kepada iklim ekonomi dan lanskap kesejahteraan rakyatnya,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Dewan Dun Johor, Kota Iskandar di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata, melalui misi itu, dalam masa 10 tahun akan datang, akan bermula era baharu untuk Johor.


“Johor akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningktan kesejahteraab rakyatnya secara transformatif.


“Misi ini insya-ALLAH akan menjadi dorongan baharu untuk kita merealisasikan visi besar Johor Yang Berkemajuan,” katanya.


Beliau berkata, hala tuju misi itu akan memperlihatkan pembangunan serta perubahan struktur ekonomi yang drastik bagi negeri ini.


“Ekonomi Johor mesti dipacu oleh idea besar, kreativiti, teknologi dan inovasi.


“Kita akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi digital, kreatif dan hijau secara besar-besaran di samping memberikan lonjakn baharu kepada sektor ekonomi tradisional,” katanya.


Mohamed Khaled berkata, Dekad Baharu Johor juga akan menyaksikan transformasi sistem, budaya kerja dan norma kehidupan kepada kerajaan dan masyarakat digital sekalibgus menjadikan negeri ini sebuah negeri pintar.




 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]