JKM kesan waris kanak-kanak

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan.


Menurut JKM Daerah Petaling, kanak-kanak itu bernama G Vijayakumaran, 9.


“JKM sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris supaya dapat menjalankan siasatan lanjut bagi tujuan penempatan  dan dokumentasi pengenalan diri kanak-kanak.


“Vijayakumaran diserahkan oleh ibu kandung kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Deviki pada Disember 2008 di Seksyen 8 Kota Damansara, Petaling Jaya.


“Sepanjang tempoh penjagaan itu, segala tanggungjawab ke atas kanak-kanak adalah di bawah tanggungan keluarga tersebut,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.


Kata kenyataan itu, setelah dirujuk ke Pejabat JKM Petaling, Siasatan Pelindung mendapati kanak-kanak tidak mempunyai sijil lahir dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri.


Kepada sesiapa yang mengenali waris kanak-kanak, sila hubungi Pegawai Pelindung, Siti Nurlina Sarman di talian 03-78422584/ 03-78422587.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]