JP Klang, Kumpulan Acmar anjur larian perpaduan

in Edisi Selangor KL by


KLANG –  Dalam mengeratkan  silaturahim antara kaum, medium sukan terus menjadi paksi dalam usaha memperkukuhkan hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa khususnya di negeri ini.


Bagi tujuan itu, JP Klang dengan kerjasama Kumpulan Acmar dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menganjurkan Larian Perpaduan Komuniti Klang ke-2 di Port Tech, Bandar Baru Klang pada 7 Januari 2018.


Pengerusi JP Klang, Datuk Steven Tee Ah Seng berkata, matlamat program adalah menggalakkan semua kaum berbilang bangsa dan budaya mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas serta mengekalkan semangat perpaduan.


Katanya, dijangkakan antara 2,000 hingga 2,500 peserta bakal mengambil bahagian dengan jarak sejauh lima kilometer (KM) dan tiga (KM) kategori OKU dan larian terbahagi kepada individu, kanak-kanak dan berkumpulan.


Sementara itu, beliau merakamkan terima kasih kepada penaja seperti Nestle Products Sdn Bhd, Milo, F&B Beverages (100 Plus), Good Morning Global Sdn Bhd, Gardenia Bakeries serta ahli korporat dan syarikat tempatan yang turut menyumbang kewangan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]