Lima pekerja SESB melecur pencawang meletup

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Lima pekerja Sabah Electricity Sdn Berhad (SESB) melecur 20  hingga 90 peratus selepas sebuah pencawang SESB Wawasan Plaza di di Api-Api Centre meletup dan terbakar malam tadi.


Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, kesemua mangsa yang berusia antara 25 hingga 65 tahun berkenaan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menerima rawatan.


“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku letupan disusuli dengan kebakaran mengakibatkan kerosakan pada pencawang dan mengakibatkan kecederaan lima pekerja SESB. Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Chandra punca kebakaran masih belum diperoleh dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]