Malaysia sasar eksport 30 peratus ayam pedaging

in Nasional by


REMBAU – Malaysia menyasar untuk mengeksport sekurang-kurangnya 30 peratus ayam pedaging menjelang 2030.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini negara hanya mengeskport kira-kira tujuh peratusĀ  daripada sejumlah 1.5 juta ekor ayam pedaging yang dikeluarkan oleh kilang-kilang dan pusat ternakan setiap hari.


“Justeru saya menyeru syarikat -syarikat pemprosesan ayam pedaging untuk mempertingkatkan pengeluaran bagi pasaran dunia dan keseluruhan kerana kita tahu tahap kecukupan ayam pedaging di Malaysia sekarang ini sebanyak 128 peratus.


“Ini menyumbang sebanyak 75 peratus daripada pasaran keseluruhannya bernilai RM10 bilion daripada industri ternakan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Kilang Pemprosesan Ayam Pedaging Hy-Fresh Al Barakah Food Industries Sdn Bhd di Pedas Halal Park, di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Eksekutif Hy-Fresh Albarakah Food Industries Sdn Bhd Datuk Mohd Tahir Picho dan pengasas Kumpulan Hy-Fresh Datuk Seri Pua Tian Song.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]