Pejabat JPN daerah Kudat berpindah

in Edisi by


PUTRAJAYA – Pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Kudat, Sabah di Bangunan 2812, Jalan Taman Tanjong Kapor, Kudat, akan mula beroperasi Isnin ini, menurut kenyataan JPN di sini hari ini.


Justeru, pejabat JPN lama yang terletak di Tingkat 1, Kompleks SEDCO, Kudat, tidak beroperasi hari ini dan esok berikutan aktiviti perpindahan perkakasan ke lokasi baharu itu.


Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03–8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.- Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]