Pelajar tingkatan empat parah dirempuh

in Edisi by


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Wakaf Beruas, di sini hari ini.


Ketika kejadian jam 1 petang, mangsa, Muhammad Fakhrul Hakim Mazlan, 16 , parah di kepala dan kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Mazda 6 dalam perjalanan dari arah Kuala Berang ke Kuala Terengganu.


Beliau berkata, pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan keluar dari persimpangan jalan secara tiba-tiba.


“Pemandu wanita berusia 28 tahun tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.


“Mangsa yang parah dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut dan masih dirawat di hospital sama kerana pendarahan di kepala.


“Saya juga meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita yang mendakwa mangsa sudah meninggal di media sosial,” katanya


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]