'Ramai hidup miskin di Indonesia, Filipina'

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Sebahagian besar penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan di Asia Tenggara adalah rakyat Indonesia dan Filipina.


Menurut sebuah laporan yang menjejaki kemajuan Asean ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) mendapati bahawa meskipun 10 negara anggota dalam Asean telah membuat kemajuan besar ke arah membasmi kemiskinan melampau, namun masih ramaiĀ  rakyat yang terdedah kepada kemiskinan.


Dilancarkan di Jakarta, pada Jumat, laporan Asean-China-UNDP mengenai Pembiayaan Tujuan Pembangunan Mampan (SDGs) dalam laporan Asean menyatakan 90 peratus mereka yang miskin berada di Indonesia dan Filipina dengan purata pendapatan sehari AS$ 1,90 (RM 7.80)


Jumlah orang miskin di Indonesia dan Filipina dijelaskan menerusi saiz populasi mereka yang relatif besar – masing-masing berjumlah lebih kurang 250 juta (Indonesia) dan 100 juta orang (Filipina) daripada jumlah keseluruhan penduduk Asean iaitu kira-kira 700 juta.


Walau bagaimanapun, Indonesia telah mencapai kemajuan yang besar dalam mengurangkan kemiskinan iaitu, dengan kadar kemiskinan berkurangan sebanyak 10 hingga 15 peratus setiap tahun.


Source: SH Global

[featured-video-plus]