Rwanda perkenal dasar visa baharu

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Rwanda akan mula mengeluarkan visa semasa ketibaan kepada semua pelawat asing mulai tahun depan, memandangkan negara Afrika tengah itu dalam usaha untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang besar.


Langkah itu, diharap dapat melipatgandakan jumlah pelawat asing dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pesuruhjaya Tinggi Rwanda ke India, Ernest Rwamucyo kepada Bernama pada Rabu.


“Kami memudahkan kepada semua orang untuk melawat Rwanda dengan menghapuskan syarat untuk memohon visa. Kami juga berharap dapat memasuki pasaran pelancongan yang lebih besar.


“Kami mula memberikan visa semasa ketibaan di negara Afrika kira-kira tiga tahun lepas. Ia telah berjaya dan mulai 1 Januari rakyat dari semua negara akan memperolehinya apabila tiba di Rwanda,” katanya.


Rwamucyo berkata, negara itu kini terbuka untuk menarik lebih banyak modal asing dan pelancong bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.


Amerika Syarikat, India, Britain dan Jerman merupakan negara sumber utama pelawat asing pada tahun lepas. Rwanda menerima 1.3 juta pelancong pada 2015. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]