Trump dan Jong-un bersifat kebudak-budakan!

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Bekas Pegawai Perisik Amerika Syarikat, Leftenan Kolonel Eric C. Anderson memberi amaran pada rakyat supaya tidak terpengaruh dengan perang mulut melibatkan Presiden AS, Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un lapor Newsweek.


Menurutnya, sikap pemimpin kedua-dua negara itu tidak ubah seperti kanak-kanak.


“Kita ada dua kanak-kanak yang sedang ‘bermain’ antara satu sama lain. Sejujurnya, saya juga tidak rasa Trump tidak dapat jumpa mana letakkan Korea Utara di dalam peta,” katanya.


Anderson pernah bekerja sebagai pegawai perisikan di Korea Selatan serta penganalisis kanak hal berkaitan Korea Utara.


Tambahnya, beliau percaya bahawa Korea Utara tidak mempunyai niat untuk berperang dengan AS namun Trump berjaya membuat ugutan kosong Pyongyang untuk mengalih perhatian daripada pentadbirannya yang huru-hara.


“Bila keadaan menjadi teruk di dalam rumah, anda akan mula memandang ke ‘luar’. Begitulah yang terjadi dengan pentadbiran Trump sekarang.


“Korea Utara adalah sasaran mudah, jauh lebih senang berbanding China dan Russia (memandangkan Trump ada masalah di sana).


“Situasi di Korea Utara sangat mudah difahami, senang untuk dipersalahkan dan rakyat AS yang tidak tahu keadaan sebenar mudah untuk ditipu,” katanya lagi.


Beliau juga percaya bahawa ‘peperangan’ yang dimomokkkan oleh kedua negara tersebut hanyalah bersifat retorik.


“Saya fikir kita tidak perlu risau tentang kemungkinan perang tersebut kerana perkara ini hanya melibatkan dua orang lelaki saling berbalah dan menyalahkan sesama sendiri,” katanya.

Donald Trump


Sementara itu, Bekas Timbalan Komandan AS di Korea, Leftenan Jeneral Jan-Marc Jouas percaya bahawa Korea Utara bukanlah ancaman pada mereka.


“Korea Utara bukan ancaman eksistensial kepada AS tetapi negara ini adalah ancaman pada meraka dan jaminan 100 peratus kemusnahan buat rejim tersebut jika kita berperang.


“Tidak dinafikan akan komplikasi sekiranya konflik dengan Korea Utara tercetus tambahan lagi mereka mempunyai stok bahan kimia kedua terbesar di dunia, namun tentera AS telah dilatih dan berupaya menghadapi segala serangan,” tambahnya.


Dalam pada itu, dalam kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Perkhidmatan Penyelidikan Kongres, dianggarkan 300,000 orang boleh menemui ajal untuk beberapa hari pertama sekiranya konflik antara kedua-dua negara ini tercetus.


Source: SH Global

[featured-video-plus]