
NILAI – Polis mencari tujuh lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah yang berlaku sekitar 2014 sehingg 2016.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan melibatkan kes bunuh yang berlaku pada tahun lalu.
Manakala seorang lelaki dari Sabah pula membabitkan kes pecah rumah dan lima lelaki dicari bagi membantu siasatan kes samun berkawan di sekitar daerah ini pada 2014 dan 2015.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada balai polis berhampiran.
Source: SH Edisi
[featured-video-plus]