
SYARIKAT teknologi China, Tencent Holdings (Tencent) bakal menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik WeChat Pay di negara ini awal tahun depan.
Naib Presiden Kanan Tencent, SY Lau berkata, syarikatnya telah memperoleh lesen bagi membolehkan TenCent dinikmati oleh pengguna di Malaysia.
Dengan kemasukan TenCent, ini bermakna ia menjadi syarikat kedua menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik selepas AliPay yang dikendalikan oleh AliBaba Group, juga dari China.
Menurut laporan Sin Chew Daily seperti dinyatakan oleh Lau, Malaysia adalah pasaran besar disebabkan pengguna WeChat di negara ini telah mencapai sehingga 20 juta orang.
“Syarikat kami yakin rakyat di Malaysia akan menggunakan WeChat Pay secara meluas selepas ia dilancarkan, lebih-lebih lagi mereka amat gemar barang-barang yang dijual melalui talian dari China,” katanya.
Malaysia dipilih sebagai pasaran luar negara pertama WeChat Pay yang membolehkan pengguna membuat pembayaran menerusi aplikasi mudah alih.
AliPay adalah pesaing utama WeChat Pay di China dan kedua-dua syarikat itu kini berusaha mengembang perniagaan masing-masing ke seluruh dunia.
Sehingga hari ini, pelancong China boleh menggunakan Alipay di 34 negara di seluruh dunia berbanding WeChat Pay, 13 negara.
Source: SH Bisnes
[featured-video-plus]