Ziyad fokus pertahan emas

in Sukan by


ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berazam mempertahankan pingat emas Sukan Para Asia yang pernah dimenanginya di Incheon pada edisi 2014.


Justeru, beliau sedang fokus 100 peratus dalam sesi latihan bagi membolehkan pencapaian itu berulang.


“Saya memang tengah fokus kepada latihan dan membuat persiapan awal sebelum menghadapi kejohanan besar seperti Sukan Para Asia di Jakarta tahun depan.


“Insya-ALLAH, Februari nanti saya akan jalani latihan di luar negara iaitu di Jerman untuk meningkatkan lagi prestasi semasa saya.


“Besar harapan saya nak mempertahankan pingat emas yang pernah dimenangi di Incheon empat tahun lalu,” katanya yang ditemui di acara Autismlympic Bank Rakyat 2017, semalam.


Selain Para Asia, Ziyad akan menyertai satu kejohanan paralimpik di Dubai pada Mac tahun depan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]