
SINAI – MESIR. Sekurang-kurangnya 54 mangsa dilaporkan maut dalam kejadian pengeboman dan tembakan di sebuah masjid di Sinai.
Menurut laporan Al-Jazeera, 75 mangsa lain dilaporkan cedera dalam kejadian selepas solat Jumaat hari ini.
Media tempatan mengatakan satu letupan berlaku diikuti dengan bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah jemaah masjid dari sebuah kenderaan.
Jalan Arish-Rafah yang terletak pada timur Sinai juga ditutup akibat serangan hari ini.
Source: SH Global
[featured-video-plus]