Beban hutang punca tak mampu miliki rumah

in Nasional by


MENANGGUNG bebanan hutang yang banyak menjadi punca utama bagi kebanyakan rakyat di negara kita tidak mampu membeli rumah sehingga hari ini.


“Walaupun jumlah pendapatan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 46 peratus sejak tahun 2010, namun ia tidak boleh menjadi ukuran sebenar akan kemampuan membeli rumah.


“Biarpun pendapatan bertambah, tetapi kos sara hidup turut naik secara mendadak,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang disiarkan dalam Oriental Daily.


Persatuan itu memuji pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memastikan rakyat dapat membeli rumah mampu milik.


“Persatuan meminta kerajaan memberikan lebih banyak insentif kepada syarikat-syarikat pemaju yang terlibat dalam projek pembinaan rumah mampu milik.


“Di samping itu, persatuan turut berharap kerajaan dapat mengkaji dan mengurangkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya bagi tujuan mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan.


“Begitu juga dengan pengecualian setem duti turut dapat meringankan bebanan pembeli, terutama sekali kepada individu yang ingin membeli rumah mampu milik,” kata dalam kenyataan itu lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]