D.O Machang meninggal dunia

in Edisi by


MACHANG  – Ketua Jajahan Machang, Mohd Zainudin Mohamed, 56 meninggal dunia akibat penyakit jantung, petang tadi.


Allahyarham berusia 56 tahun meninggal dunia  di rumahnya di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu kira -kira jam 2 petang tadi.


Allahyarham yang sudah lama menghidap penyakit itu ,sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian  selama beberapa hari  dan  dibenarkan pulang pada Jumaat lalu.


Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunut Payung, Kota Bharu pada jam 11 malam ini.


Allahyarham  yang mula bertugas di Machang pada 2015 meninggalkan seorang isteri  dan enam anak.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]