Didenda memandu bawah pengaruh alkohol

in Uncategorized by


KAMPAR – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang pemandu lori didenda RM1,200 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kampar di sini, semalam.


Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh menjatuhkan hukuman ke atas V Maksvaran, 53, setelah dia mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol sebanyak 253mg dalam 100ml darah iaitu lebih 173mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 80mg alkohol dalam 100ml darah.


Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika memandu di Kilometer 35.4, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur kira-kira jam 6.25 pagi pada 6 Jun 2017.


Dia didakwa mengikut seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Oon Kork Chern manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]