
GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut terhadap kenyataan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berhubung halangan wakil rakyat PKR dalam memperakui permohonan bantuan banjir di Dun Kebun Bunga.
Guan Eng ketika diajukan soalan berhubung isu tersebut dalam sidang medianya di pejabatnya tadi berkata, beliau tiada komen tentang perkara itu sebaliknya tetap dengan kenyataannya sebelum ini.
“Semuanya seperti kenyataan saya semalam (kelmarin). Tidak ada lagi komen (tentang perkara ini),” katanya.
Dalam kenyataannya tadi, Mansor berpendirian bahawa tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng sebagai tidak wajar dan tidak menghormati keputusan demokrasi pilihan rakyat Kebun Bunga dalam pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu, dalam sidang medianya semalam, Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah membuat beberapa pindaan dan penyesuaian prosedur dalaman berhubung bantuan kepada mangsa banjir yang dilaksanakan baru-baru ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Tak wajar sekat peruntukan Adun PKR ]
Menurutnya, hasil perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, beberapa keputusan dibuat dan dipersetujui.
Beliau menambah, bagi kawasan Dun Kebun Bunga, tanggungjawab itu diambil alih beliau selaku ketua menteri dan Adun Pulau Tikus, Yap Soo Huey, selaku individu yang merangka sistem baharu ini.
Source: SH Edisi Utara
[featured-video-plus]