Jangan tunggu sampai minyak enjin berkerak!

in Bisnes by


BAGAIKAN satu kesalahan besar jika seorang pemandu atau pemilik kenderaan tidak tahu cara menjaga kenderaan milik mereka, apatah lagi apabila cuai menukar minyak pelincir! Acapkali terdengar kisah pemilik kenderaan tidak menukar minyak pelincir sehingga ia berkerak, atau kuantiti minyak pelincir dalam enjin sudah terlalu sedikit, sekaligus meningkatkan risiko kerosakan enjin!


Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti minyak pelincir yang mana paling sesuai untuk kenderaan tersayang. Sebelum itu, mari kita belajar beberapa istilah khas yang dikhususkan untuk penjagaan atau penukaran minyak pelincir enjin.


1. Minyak pelincir jenis sintetik atau mineral? Apa tu?


Perbezaan ketara antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik adalah minyak pelincir sintetik direka untuk memenuhi keperluan enjin-enjin moden. Molekul minyak sintetik direka untuk memberikan tahap perlindungan dan prestasi yang lebih tinggi dari minyak pelincir konvensional


2. Tahap likat (viscosity)


Secara asas, ada dua jenis tahap likat iaitu single-viscosity dan multi-viscosity. Umum perlu tahu bahawa jika angka (juga dikenali sebagai indeks) tertera pada botol minyak pelincir semakin kecil, bermakna minyak tersebut ‘lebih nipis’ dan mudah mengalir.


Sebagai contoh, minyak pelincir dengan tahap likat 10W-40. Angka atau indeks 10 menceritakan bagaimana tentang kelikatan dan prestasi minyak pelincir pada suhu sejuk (W bermaksud Winter) dan 40 pula kelikatan dan prestasi pada suhu tinggi.


Setiap kenderaan memerlukan tahap likat minyak pelincir yang berbeza. Pemilik kenderaan perlulah merujuk buku panduan kenderaan yang disediakan untuk mengenal pasti tahap likat minyak pelincir yang sesuai!


3. Bahan tambahan (additive)


Secara umumnya, bahan tambahan digunakan dalam minyak pelincir untuk membantu membersihkan dan menyejukkan enjin selain memastikan ia bebas kakisan. Bergantung kepada peneraju minyak pelincir, jenama yang berbeza menjanjikan bahan tambahan yang berbeza untuk setiap produk mereka.


Bercakap mengenai peneraju minyak pelincir, Shell Helix menawarkan Shell Helix Ultra dan barisan produk yang menjanjikan penjagaan enjin dan prestasi maksimum.


Bagaimana Shell Helix Ultra berbeza dengan jenama lain?


Shell Helix Ultra menawarkan teknologi PurePlus dimana komponen asas minyak pelincir digarap dari gas-gas semulajadi. Shell Helix Ultra bersama-sama teknologi PurePlus adalah minyak pelincir sintetik pertama yang direka dari gas semulajadi yang mampu memberikan prestasi enjin cemerlang.


Sejajar dengan enjin moden yang menjanjikan prestasi tinggi, teknologi PurePlus dari Shell Helix mempertingkatkan lagi kadar pembersihan dan perlindungan enjin.


Dimana anda boleh dapatkan produk berkualiti Shell Helix?


Selain stesen-stesen minyak Shell dan bengkel-bengkel yang mengambil bahagian, produk Shell Helix boleh didapati secara atas talian di Shell Offical Online Store di platform membeli-belah, Lazada.


Tidak cukup dengan produk, beberapa pakej pertukaran minyak pelincir juga ditawarkan dan digunakan di sekitar Lembah Klang. Setiap pembelian pakej akan disusuli dengan komunikasi bersama wakil pengedar Shell Helix yang akan mengatur temu janji melibatkan tarikh, tempat dan masa bersama pengesahan melalui sistem SMS.


Shell Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menawarkan pembelian produk Shell Helix dan pakej servis Shell secara atas talian.


Hanya dengan Shell Helix pemandu dan pemilik kenderaan menikmati pemanduan tenang dan penjagaan kenderaan yang lebih mudah!


Beli dan berpeluang menangi hadiah bernilai sehingga RM5,000!


Penyertaan akan diberikan dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra, High Mileage, HX7 4 liter (4L) atau membeli servis pakej penukaran minyak pelincir dari Shell Official Online Store di Lazada dan HX7 Diesel. Satu pembelian melayakkan anda untuk satu penyertaan, jadi terus mencuba! Anda mungkin bertuah untuk memenangi hadiah utama berupa peranti Oppo R9S dan banyak lagi!


Penyertaan hanya terbuka kepada setiap pembelian sepanjang tempoh sah penyertaan iaitu 11 November dan 12 hingga 14 Disember.


Lawati https://goo.gl/56gZkE untuk maklumat lanjut. Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]