Kelab CAP warnai permotoran Pahang

in Edisi Pahang by


MARAN – Kelab Komuniti Avanza Pahang (CAP) maju setapak lagi apabila didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Oktober lalu.


CAP merupakan sebuah kelab permotoran yang menghimpunkan pemilik-pemilik MPV jenama Toyota Avanza di seluruh negeri Pahang.


Pengerusi kelab, Muhammad Rizal Muhamad Nor berkata, objektif penubuhan kelab itu adalah untuk menjaga kebajikan ahli di samping memberikan bantuan teknikal berkaitan penjagaan MPV Avanza.


“Kelab CAP telah terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti permotoran di Negeri Pahang sepanjang 2017. Kejayaan kelab mengadakan Mesyuarat Agung pertama di Kompleks Rakan Muda Maran membuktikan kelab serius dalam gerak kerja dan penubuhannya.


“Pihak kelab CAP sentiasa meraikan semua pemilik Avanza di Pahang untuk menyertai kami. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong kelab CAP sejak ditubuhkan,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]