Keselamatan Mugabe, keluarganya adalah terjamin

in Global by


HARARE – ZIMBABWE. Bakal presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berikrar bahawa keselamatan bekas presiden, Robert Mugabe dan keluarganya di negara itu adalah terjamin, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber akhbar Herald pada Jumaat.


“Beliau (Mnangagwa) bukan hanya memberi jaminan kepada keselamatan dan kebajikan mereka, tetapi juga pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman di seluruh negara,” kata jurucakap Mugabe, George Charamba.


Charamba berkata, Mugabe memerlukan masa untuk bertenang selepas melalui tempoh yang getir sehingga membawa kepada peletakan jawatannya.


Mugabe juga dijangka tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah Mnangagwa sebagai presiden baharu, yang dijadual berlangsung di Stadium Sukan Nasional pada Jumaat.


Peletakan jawatan Mugabe, 93, yang telah memerintah Zimbabwe selama 37 tahun diumum pada Selasa oleh Speaker Parlimen, Jacob Mudenda.


Mnangagwa, sekutu politik Mugabe selama lebih 40 tahun, yang dipecat atas tuduhan menipu dan tidak setia akhirnya dilantik sebagai pengganti. –Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]