Lelong pakaian RM1

in Nasional by


SENAI – Tabung SINAR4ROHINGYA yang digerakkan di 64 cawangan pasaraya Econsave di seluruh negara sejak sebulan lalu, sudah dikumpulkan.


Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya optimis kutipan tabung tersebut melebihi RM200,000 hasil pemberian pelanggan dan kakitangannya.


“Kita menghampiri hari kemuncak kepada gerakan tabung ini, yang mana kesemua kutipan tabung akan dikira dan diserahkan kepada Sinar Harian, Sabtu ini dalam acara sambutan di cawangan Econsave Kota Tinggi.


“Bagi meningkatkan usaha mengumpul dana membantu etnik Rohingnya ini, kita turut mengadakan acara sampingan bermula hari ini (24 hingga 26 November),” katanya.


Mas Imran berkata, antara tawaran hebat yang diadakan ialah lima tan pakaian terpakai dilelong serendah RM1 menerusi program Amal Muafakat Johor #8 SINAR4ROHINGYA.


Katanya, kesemua pakaian tersebut dikumpulkan dari 16 cawangan Econsave di Johor.


“Kita akan mengutip pakaian terpakai dan dijual pada harga serendah RM1 terdiri daripada pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, baju kurung, tudung yang dijangka dapat mengutip RM20,000.


“Mereka yang mendermakan pakaian terpakai ini dapat bersama-sama beramal, sekali gus beri peluang golongan kurang mampu dapat membelinya pada harga yang murah,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]