
SHAH ALAM – Umno harus berani meletakkan calon ‘mengghairahkan’ untuk mewakili parti pada PRU akan datang.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, langkah berani itu perlu diambil bagi memastikan parti itu tidak kalah.
“Umno kena berani meletakkan calon yang orang rasa ghairah, maksudnya bila masyarakat tengok, mereka rasa suka (dengan calon pemimpin Umno).
“Calon yang mempunyai imej yang kurang baik perlu diketepikan demi masa depan parti,” katanya.
Beliau yang dikenali sebagai Mat Taib berkata demikian kepada pemberita ketika majlis Mesra Media Bersama Tan Sri Mat Taib, di Umno Selangor, di sini, hari ini.
Mat Taib berkata, Umno juga perlu menolak calon yang tidak mempunyai kredibiliti bagi mewakili parti.
“Kalau kita nak rakyat sokong, kita kena letak calon yang mempunyai keupayaan dan mampu meraih penerimaan rakyat, bila orang lihat, mereka akan kata, ‘Ya,dia bagus’.
“Kalau calon yang diletakkan pun jenis calon kategori ‘alamak’, sebelum bertanding lagi Umno sudah kalah,” katanya.
Source: SH Politik
[featured-video-plus]