Masjid diserang, 85 terbunuh

in Global by


KAHERAH – MESIR. Sekurang-kurangnya 85 orang terkorban manakala lebih 80 yang lain cedera selepas suspek militan meletupkan bom dan melepaskan tembakan ke sebuah masjid di utara wilayah Sinai di Mesir, semalam.


Insiden berlaku di Masjid al-Rawdah di tengah bandar Bir al-Abed semasa solat Jumaat.


Menurut saksi, anggota militan berpakaian seragam tentera dan memandu dua kenderaan pacuan empat roda dalam serangan itu.


Kementerian Kesihatan turut mengesahkan penyerang telah melepaskan tembakan ke arah ambulans yang membawa mangsa cedera.


Susulan kejadian itu, Presiden Abdel Fattah al Sisi mengadakan mesyuarat keselamatan kecemasan.


Tentera Mesir kini giat memeriksa tapak letupan dan terdapat laporan mengatakan keadaan kecemasan telah diumumkan di Kaherah. – al Arabiya


Source: SH Global

[featured-video-plus]