Mejar jeneral wanita tidak ganggu perjawatan ATM

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Pemakaian pangkat Mejar Jeneral kepada Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican bukanlah menggunakan perjawatan sedia ada dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebaliknya ia menjawat perjawatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selaku setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, perjawatan berkenaan adalah Jusa C iaitu sama dengan Mejar Jeneral dalam ATM.


“Jadi bukan yang pertama wanita menjawat Mejar Jeneral, sebelum ini telah ada tiga orang dalam perkhidmatan, iaitu dalam KKD (Kor Kesihatan Diraja).


“Tidak timbul juga isu perjawatan ATM dibawa ke JPM, beliau hanya mengisi perjawatan setiausaha akhbar,” katanya dalam sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia sempena Jubli Emas Kor Kesihatan Diraja di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.


Beliau berkata, mengulas laporan media sosial mengatakan Fadzlette tidak sepatutnya menjawat pangkat berkenaan.


Kenaikan pangkat bagi seseorang pegawai kanan tentera perlu melalui pemilihan Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan Menteri Pertahanan dan turut disertai panglima perkhidmatan dalam ATM.


“Dalam dunia moden hari ini, wanita juga boleh menyumbangkan peranan besar pembangunan negara.


“Bahkan pada satu ketika juga, tentera darat pernah membuka peluang sebanyak 40 perjawatan infantri kepada wanita,” katanya.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Fadzlette wanita pertama berpangkat meja jeneral]


http://www.sinarharian.com.my/nasional/fadzlette-wanita-pertama-berpangkat-mejar-jeneral-1.759138


Fadzlette berkhidmat selama 37 tahun bersama ATM dan antara wanita yang menjadi kumpulan pertama diambil untuk berkhidmat secara tetap dalam cabang darat ATM pada 1980.


Pemakaian pangkat beliau disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di pejabatnya di 17 November lalu.


Sebelum itu, Raja Mohamed Affandi menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 110 veteran tentera yang pernah berkhidmat semasa darurat menentang komunis dan konfrantasi Malaysia-Indonesia.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]