Mnangagwa angkat sumpah jawatan Presiden Zimbabwe

in Global by


HARARE – ZIMBABWE. Bekas timbalan presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa mengangkat sumpah sebagai presiden negara tersebut, hari ini.


Bagaimanapun, jawatan Mnangagwa adalah jawatan sementara sehinggalah presiden baharu dilantik melalui pilihan raya, tahun depan.


Menurut laporan CNN, Mnangagwa yang sebelum ini melarikan diri ke Afrika Selatan selepas dipecat Mugabe kembali ke tanah air Rabu lepas, sehari selepas peletakan jawatan Robert Mugabe.


Kata Mnangagwa, beliau berikrar untuk membawa demokrasi ke Zimbabwe dan membina ekonomi yang ‘dimusnahkan’ oleh Mugabe selepas pemerintahan kuku besi selama beberapa dekad.


Mnangagwa yang sebelum ini bertindak sebagai orang kanan Mugabe didakwa sebagai simbol status quo oleh warga Zimbabwe.


Ketika dibawah pemerintahan Mugabe, Mnangagwa menjadi kepala kepada agensi perisikan dan kementerian pertahanan dan keadilan Zimbabwe.


Mnangagwa pernah dikaitkan dituduh terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti di Matebeleland pada 1980-an.


Bagaimanapun. pemimpin pembangkang, Morgan Tsvangiriai ‘tak yakin’ dengan pelantikan Mnangagwa.


“Saya kenal Mnangagwa, karakter dia, dia kena berusaha keras untuk ubah karakternya supaya dia boleh membentuk masa depan negara dan masa depannya sebagai ahli demokrasi. Itu saya tak yakin,” kata Morgan kepada CNN.


Mugabe dan isterinya, Grace tidak hadir pada majlis angkat sumpah Mnangagwa, hari ini.


Source: SH Global

[featured-video-plus]