
POLIS Pelancong diberi arahan perlu berjalan kaki ketika dan tidak lagi dibenarkan menaiki kereta peronda ataupun motosikal semasa mengadakan rondaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, berbanding dengan menggunakan kereta peronda dan motosikal, berjalan kaki dirasakan lebih sesuai kerana ia membolehkan anggota polis berkomunikasi dengan pelancong lebih dekat dan mesra.
“Arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta. Walaupun kereta peronda dan motosikal dilihat lebih selesa ketika melakukan rondaan, tetapi apabila tiba di kawasan-kawasan yang mempunyai laluan yang sempit, adalah lebih baik bagi anggota yang bertugas ini turun menjejaki di kawasan-kawasan ini.
“Ramai pelancong biasanya menjadi mangsa rompakan di kawasan-kawasan sunyi seperti di lorong-lorong kecil. Apabila berlaku kes-kes seperti ini, sudah tentu imej negara kita akan terjejas.
“Oleh itu, apabila Polis Pelancong ini mengambil pendekatan dengan berjalan kaki, ia dapat memenuhi permintaan dan memberikan pertolongan kepada pelancong lebih-lebih lagi ketika dalam waktu kecemasan,” kata Mazlan kepada China Press.
Menurut beliau, pakaian seragam antara anggota polis biasa dengan Polis Pelancong adalah sama, cuma yang membezakan mereka ialah pemakaian kopi agar mudah dikenali orang ramai.
Source: SH Edisi Pahang
[featured-video-plus]