Tiga rumah hangus, pesakit strok terselamat

in Edisi Pahang by


KOTA BHARU – “Saya tidak boleh lupa api marak…semuanya cepat berlaku di depan mata,” kata Nurul Faizeniy Afife Razali, 28.


Menurutnya, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat walaupun tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, pagi tadi.


Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dia berada di salah sebuah rumah yang terbakar itu dan sedang bersiap untuk keluar bersama suaminya, Mohd Hafiz Daud, 29.


“Saya terbau asap dan cari bau tersebut dan ternampak api dari dapur rumah sebelah (rumah sepupu).


“Saya beritahu suami rumah sebelah ada api, namun disebabkan rumah kayu, api cepat merebak menyebabkan tiga rumah hangus dengan cepat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Kejadian itu mendapat perhatian Skuad Sayang Wanita Pengkalan Chepa yang diketuai Pengerusinya, Zarina Eusope dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman.


Nurul Faizeniy Afife yang bekerja sebagai Pembantu Tadika Kemas PCB berkata, dua lagi rumah berdekatan turut terbakar 50 peratus termasuk yang dihuni seorang pesakit strok, Abdullah @ Wan Kasim Daud, 65 dan isterinya, Hasmah Mahmud, 60.


Dia yang juga menantu Naib Ketua Wanita Cawangan Kuala Besar, Siti Nor Yusof berkata, mereka bersyukur dua motosikal jenis Honda EX5 dan Ego berjaya diselamatkan, manakala motosikal rumah jirannya turut terselamat biarpun barangan lain hangus.


Bagaimanapun rumah didiamiĀ  Farizal Farah Abdullah, 30, dan Faizah Abdul Rahim, 38, musnah 100 peratus.


Sementara itu, Zarina berkata, beliau akan menyalurkan bantuan segera untuk menyewa rumah sementara ada penempatan baharu.


“Saya akan usahakan bantuan dengan usahasama Umno Bahagian Pengkalan Chepa terutama bagi pembinaan rumah baru kerana mereka sudah ada tanah sendiri,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]